ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang, menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Khamis lepas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.
"Sebagaimana yang telah dimulakan oleh ADUN Machap (Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi) semalam, kita akan menggunakan istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.
"Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih," kata beliau pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Pada titah perasmian pembukaan, Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang berikutan peranan mereka yang disifatkan sebagai pengimbang serta pemeriksa kepada kerajaan.
Menurut Sultan Johor gelaran pembangkang yang diberikan kepada ahli dewan di pihak bukan kerajaan sebagai kurang sesuai kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan semata-mata.
Baginda bertitah mereka turut bertanggungjawab untuk menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak berbuat sesuka hati.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang, menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Khamis lepas. - Gambar SINAR HARIAN
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
DUN Johor kutuk tindakan kejam zionis setuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.
Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor ditubuh
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.
Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.
DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.
Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.
DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Johor wujudkan hab permotoran di Ayer Hitam
Hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri.
Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN
DUN Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain atas kemenangan masing-masing.